Tadi waa lepak lepak dekat kedai mamak..al maklumlah nak release tension sikit,rileks rileks sikit after seharian kelass.. *
.. Lepak punya lepak minum teh tarik,pekenaaa Roti Kosong Double.. *huhu melantak*,tetiba terkeluarlah topik pasal ~Apa cadangan anda selepas habis Asasi?~ ..mula-mula tajuk ini membina semangat dan menjana pemikiran..bincang punya bincang,someone antara kami bagitahu yang dia habis Asasi ni naak nak nak ~KAHWIN~ ..waaa terlopong mulut,lalat masukkk pun tak sedar..bukann waa sorangg,member lain pun terkejut wa cakap sama lu.. ini antara conversation perbincangan kami :
D.O : woii,,hg ingat benda ni main main ka?..hg gurau ja kan?
B : ehh apa pulak gurau,kitorg nak nikah 'khitbah',.family dah setuju.. *sambil tersenyum keseorangan pandangan menunjukkan pemikiran jauh*
C : ehh nikah khitbah tu apa ekk?.. tak pernah aku dengaq..
B : nikah khitbah ni nikah gantung.. dalam erti kata "bertunang" tapi lebih selamat..
D.O : Kau serius ke kawan?.. aku taleh cakap apa-apa.. tapi aku harap kau fikir masak masak.. benda ni bukan macam kau beli barang..baik kau fikir leklok..gunakan segala kewarasan kau..
![]() |
Nikah.. *pembinaan satu masjid dalam islam dan penyatuan dua hati* |
***pendapat D.O?. D.O langsung tanak menghalang..D.O menyokong sepenuhnya..niat baik apa nak di marah kan? ..cuma D.O harap dia berfikir semasak-masaknya biar goreng biji saga pun masak. *merapu* . benda kahwin,sara anak orang ni bukan perkara main main.. tapi D.O respect family dia sebab percaya dan boleh terima perkahwinan dengan cara sebegini.. ***
Apa itu Nikah Khitbah?
"Akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)"
~Bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama~
*IMPORTANT FOR MEN* (kenduri sekali je ;P , selamatttt)
*D.O sokong apa yang kawan D.O ini cuba lakukan,tapi haraplah dia dah memikirkannya masak-masak..hehe.. D.O risau jugakk kekadang risiko yang kawan D.O ni amekk..
*Sori atas atas tu guna waa luu waa lu waa luu.. haha..ini semua kesan dari menonton "Wawa Semput The Movie"..hehe.. *
Sekian sahaja. Assalamualaikum..
![]() |
Tulus ikhlas ~,O |
No comments:
Post a Comment